- *** ThE oNe AnD oNLy... Laila ***
- "THE BEST AND MOST BEAUTIFUL THINGS IN THE WORLD CANNOT BE SEEN OR EVEN TOUCHED...THEY MUST BE FELT WITH THE HEART!!!"
Sunday, December 7, 2008
Friday, December 5, 2008
ReNuNgAN BeRsAmA...
Ini kata-kata hikmah yang saya dapat dari internet.Harap kita boleh kongsikan bersama2 untuk renungan bersama.........
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar
senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai
kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi
dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca
itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan
waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk
bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau
membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
ber teman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali
ingat apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan"

KeNaNgAn..KeNyAtAaN...HaRaPaN
Semalam adalah KENANGAN, hari ini adalah KENYATAAN, esok adalah HARAPAN….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

Thursday, December 4, 2008
ErTi PeRsAhAbAtAn
KeNaLi SeBuAh PeRtEmUaN,KeRaNa Di SiTu TeRcIpTa KeMeSrAaN,HaRgAi SeBuAh PeRsAhAbAtAN,KeRaNa Di SiTu TeRcIpTa KeRiNdUan,SaYaNgI SeBuAh PeRkEnALaN,KeRaNa Di SiTu TeRcIpTa SeBuAh KeDaMaiN.
Inilah Kebenarannya...
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Ingatan Untuk Semua..
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)